Tuesday 7 October 2014

Pengalaman Temuduga di IOI plantation

Rasa macam dah lama sangat tak mengarang kat blog ni, dah berhabuk...puhhh,tiup skit. Hari ni nak kongsi pengalaman kali pertama interview. 1st time dapat panggilan interview ialah di IOI plantation. Pergh, Syarikat besar tu. Sape tak seronok kena panggil Interview. Dapat je details tentang iv terus cari dokumen2 penting, sijil spm, matrik dan sebagainye.


Tiba tarikh yang ditunggu-tunggu, aku pun bersiaplah untuk bertolak ke lokasi interview yang terletak di IOI resort, Putrajaya. Bertolak awal sehari sbb jauhkan, Nanti tak sempat plak. Sampai Putrajaya dalam pukul 2 setengah petang, terus check in homestay yang terletak di Puteri Palma kondo. Homestay murah2 je, Rm 100 je smlm tp mst ramai yang tak percaya boleh dapat harga cmtu. Dah la homestay standard kondo,siap ade security jaga. Dalam complete semua ade. bawah siap ade kolam renang, spa, gymnasium dan byk lg. Sape2 yg nk sewa homestay area ni boleh sgt la.Ini dye link homestay tu

https://www.facebook.com/pages/Homestay-IOI-Resort-Putrajaya/237626576377112?fref=ts 

cantikkan pemandangan kondo ni dari atas.nice view

kolam renang pun ade,tp berenang sorang2 bosan la plak

 homestay complete tv,air cond,heater dan sebagainye.cuma rm100 je semalam.mana mau cariii
pemandangan waktu malam. night walk

keesokan harinya, dalam pukul 8.00 pagi dah sampai ke lokasi interview. Padahal interview pukul 9 pagi.Haha...awalkan. Biasala selalu dengar ceramah motivasi cakap kena datang awal interview. nasib baik la ade 2 orang je calon yg akan diinterview pagi tu. Aku dgn seorang lagi budak kos perladangan. Rasa mcm dah ade saingan ni sbb budak tu mmg kos perladangan. Apa la sangat aku ni yg belajar pertanian basic2 je untuk apply kerja cadet trainee ni.

Setelah selesai mengisi borang yang disediakan, aku pun dipanggil masuk ke bilik interview. Kelihatan 2 orang penginterview chinese, seorang laki dan seorang perempuan. 1st sekali aku diminta memperkenalkan diri. Memang kena speaking la walaupun tak berapa nk lancar. Tapi setakat nak bagi mat salleh paham ape aku cakap tu boleh la.hihi. Kemudian pelbagai soalan diajukan termasuklah pengalaman bekerja sebelum ini, minat pekerjaan macam mana, boleh survive tak hidup dekat ladang dan sebagainya. Tetapi soalan yang berkaitan dengan pengurusan sawit amat kurang ditanya. Penat je aku study berhempas pulas (kononnye la). Hampir 35 minit aku diinterview. Dalam hati rasa macam diorang berminat untuk menghire aku bekerja. aku pun keluar dari bilik interview dgn hati yang riang. 

Setelah seminggu berlalu, rupa-rupanya aku mendapat panggilan telefon yang memberitahu aku tak lulus interview kali ni. Memang rasa macam tak percaya sebab waktu interview seakan-akan menghasilkan result yang positif. Namun, terpaksalah ku telan jua ketentuan ini. Aku pun tak tau mana kurangnya aku semasa diinterview. Mungkin ade hikmah di sebalik setiap yang berlaku. Betullah orang tua-tua selalu cakap ajal, maut, jodoh, rezeki semua di tangan tuhan. Kite hanya mampu berusaha, Allah jua yang menentukan. Buat lepasan IPTA yang masih menganggur macam saya, janganlah berputus asa. Jangan berhenti berusaha kerana kejayaan akan mencari anda suatu hari nanti. 

Pengajaran yang boleh diambil di sini ialah 
  1. Jangan pernah berputus asa melakukan suatu perkara sehingga anda berjaya mendapatkannya. 
  2. Setiap yang berlaku itu pastinya ada hiknah. Jangan sesekali menyalahkan takdik
  3. Jangan merasakan diri kita telah sempurna selagi orang lain tidak menilai siapa kita.


Rasanye sampai di sini dulu perkongsian kali ini. Nantikan coretan utk pengalaman interview kali ke dua.Hehe...

No comments:

Post a Comment