Wednesday 8 October 2014

Proses Pembikinan Reban

Hari ini IS ingin berkongsi mengenai proses pembikinan reban ayam yang bersaiz kecik.IS ni bukan singkatan kepada Islamik State yang tengah heboh dalam berita sekarang. Tapi IS ni singkatan kepada IntaiSantai. hehe. Jangan salah paham pulak. Kalau tak naya kena tahan dengan FBI plak.haha. Reban ini sesuai untuk sesiapa yang mempunyai hobi membela ayam sebagai hobi di waktu lapang dan bukan untuk tujuan kormesil. Baru2 ni ayah IS beli ayam katik yang berharga cuma RM 100 je sepasang. Bukan senang nk dapat harga cam gini. Selalu orang jual beratus-ratus ringgit sebab ayam ni pun comey.Boleh main macam kucing. Jinak sangat. Sampaikan ayam ini pandai ketuk pintu mintak tuan dia bagi makan.


Apa yang menariknya ialah, walaupun ayam ini bersaiz kecil molek, tetapi ayam ini boleh dikatakan agak sombong sebab cara berjalan yang sentiasa mendada. Bukan itu sahaja, ayam ini akan berasa tercabar apabila terdengar laungan kokokan daripada ayam lain. Walaupun suaranya halus, namun kokokannye agak nyaring. Jadi, mana-mana lelaki yang mempunyai ketinggian yang agak rendah, jangan berasa rendah diri atau kurang keyakinan diri. Jadikan ayam ini sebagai role model anda. Walaupun kecil tetapi menyerlah. Ngeeee333

Terleka merenung ke luar jendela sambil mengusha awek
jinak kan boleh main-main dalam rumah


Beberapa hari sebelum tu, ayah IS telah menyiapkan sebuah reban yang berukuran lebih kurang 1m x 1m. Pembinaan reban ni tak memerlukan modal yang banyak sebab menggunakan kayu yang terpakai je.Upah untuk pembinaan reban ini pun hanya RM50 untuk 1 reban. Berbaloi kan? Jom kita tengak macam mana proses pembikinan reban ni. Barang-barang yang diperlukan cuma beberapa batang kayu terpakai, jaring halus, atap genting terpakai dan semua peralatan pertukangan.


  1. Mula-mula sekali, kayu-kayu setebal 1 inci dan berkelebaran 2 setengah inci dipotong mengikut panjang yang diinginkan iaitu 1 meter menggunakan pemotong kayu elektrik. Kerja menjadi semakin mudah dan senang. Tak perlu menggergaji sehingga memerah keringat.hehe
  2. Kemudian, rangka reban dibina menggunakan kayu yang lebih tegap untuk menampung kayu di bahagian lantai reban. Rangka dibina berbentuk segi empat yang terdiri daripada 4 batang tiang dan juga kayu untuk menyokong lantai di bahagian sisi.
  3. Setelah siap rangka, mulalah proses membuat lantai reban dan dinding. Lantai dibina menggunakan kayu kecil yang telah dipotong manakala dinding reban hanya menggunakan jaring halus untuk menjimatkan kos. Kelebihan menggunakan dinding jaring halus ini membolehkan pengaliran udara terus masuk ke reban dan memudahkan kita untuk melihat ayam di dalam reban. 
  4. Seterusnya, pintu reban dibina dimulai dgn pembikinan rangka pintu dan pemasangan jaring halus pada pintu. Barang-barang yang dipelukan ialah ensel untuk menyambung pintu dengan reban
  5. Sekarang, proses pembuatan bumbung pula. Kuda-kuda dibina untuk membuat rangka bumbung reban. Ini kerana bumbung reban ini diperbuat daripada atap genting. Haa,jangan buat main,nampak je reban kecik molek. Tapi guna atap genting yang telah diguna semula. 
  6. Dan yang terakhir sekali ialah membuat tangga untuk memudahkan ayam masuk ke reban. Al maklumlah ayam katik ni pendek lagi rendang. So,kena bagi tangga kat dia. Akhirnya inilah reban yang telah siap dibina...Jeng333

Proses pembinaan reban yang hampir siap

Reban yang telah siap dibina. lengkap dengan takungan air untuk ayam basuh kaki sebelum masuk reban...kakaka,macam orang nk masuk rumah pula

IS rasa setakat ini dulu perkongsian untuk hari ini. Nantikan perkongsian yang seterusnya mengenai pelbagai jenis ayam yang IS bela dalam reban ini. Bagi sesiapa yang nak tahu sebenarnya banyak lagi jenis ayam dan unggas yang masyarakat malaysia kurang mengenalinya terutama bagi mereka yang menetap di bandar. Jangan sampai budak-budak generasi sekarang tidak kenal bagaimana rupa bentuk ayam yang sebenar. Hanya tau makan sahaja

No comments:

Post a Comment